Menurut Che Tom, entah di mana silapnya, Azmin Ali, anak yang cukup baik dan mendengar kata tiba-tiba boleh berubah menjadi yang sebaliknya dan kata Che Tom, kali terakhir beliau bertemu muka dengan anak sulungnya itu hanyalah pada pagi Hari Raya Aidil Fitri tahun lepas...Dengar tu, tahun lepas.
Sejak itu Azmin Ali tidak lagi menjenguknya walaupun jarak pejabat Timbalan Presiden PKR berkenaan hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya. Malah menurut Che Tom, Azmin Ali langsung tidak memberi nafkah kepada beliau termasuk tidak datang menziarahinya sewaktu beliau sakit dan terlantar di hospital.
Setelah bersabar selama 14 tahun, semalam ibu Azmin Ali, Che Tom Yahaya seakan memiliki kekuatan entah dari mana untuk meluahkan segala isi hatinya dalam membicarakan tentang Azmin Ali. Menurut Che Tom, Azmin Ali anak keempatnya sudah jauh berubah dan melahirkan rasa kecewa dengan sikapnya yang kini terpesong daripada budaya bangsa Melayu dan agama Islam.
Ibu Azmin Ali yang kini berusia 78 tahun dan kerap diserang pelbagai komplikasi jantung, kencing manis dan darah tinggi mengharapkan anak jantannya itu kembali ke pangkal jalan.
No comments:
Post a Comment