22 October 2013

Kisah dongeng Hans Christian Andersen

Kisah dongeng Hans Christian Andersen
KISAH dongeng The Little Mermaid, Thumbelina, The Princess and the Pea dan The Ugly Duckling bukanlah asing bagi setiap kanak-kanak. Malah boleh dikatakan, karya hasil Hans Christian Andersen ini memberinya peluang mengecap kemasyhuran di seluruh dunia sebagai penulis novel, cerpen dan penyair.

Sering menjadi antara cerita sebelum tidur yang digemari ibu bapa untuk dibacakan kepada anak-anaknya, maka tidak hairanlah mengapa kisah dongeng ini masih segar dalam ingatan sehingga ke hari ini walaupun telah berganti generasi. Sehingga kini, hasil tulisan Andersen telah diterjemahkan kepada lebih 125 bahasa.

Kehidupan awal

Hans Christian Andersen atau H.C Andersen merupakan anak tunggal kepada pasangan Hans Andersen Sr dan Anne Marie Andersdetter yang dilahirkan pada 2 April 1805 di Odense, Denmark.

Ketika usianya 11 tahun (1816), bapanya meninggal dunia. Walaupun bukan berasal daripada keluarga kaya, Andersen tetap dihantar ke sekolah berasrama penuh bagi menjamin masa depannya.

Keadaan pendidikan Andersen mendorong tersebarnya spekulasi mengatakan beliau bukanlah ahli diraja Denmark yang sah. Bagaimanapun, berita itu tidak pernah dibuktikan.

Dalam tahun 1819, Andersen ke Copenhagen untuk bekerja sebagai seorang pelakon dan kembali semula ke sekolah tidak lama selepas itu selepas disokong penaung Jonas Collin. Ketika ini beliau telah memulakan minatnya dalam bidang penuli-san namun tidak digalakkan gurunya.

Permulaan karier penulis

Karya cerita pendek pertama Andersen bertajuk ‘A Journey on Foot from Holmen’s Canal to the East Point of Amanger’ diterbitkan pada 1829, diikuti penerbitan pertunju-kan teater, buku puisi dan travelog.

Memegang gelaran pengarang muda yang mendapat pingat Raja membolehkan Andersen mengembara ke Eropah bagi mengembangkan lagi kerjaya.

The Improvisatore, sebuah novel berdasarkan kisahnya ketika di Itali diterbitkan pada 1835, tahun sama beliau mula menghasilkan kisah dongeng. Sejak itu beliau mula menulis untuk kanak-kanak dan orang dewasa, menghasilkan kisah autobiografi, perjalanan serta puisi memuji kebaikan rakyat Scandinavia.

Sementara itu, pengguna dan pengkritik terlepas pandang pada cerita klasik seperti The Little Mermaid dan The Emperor’s New Clothes. Pada 1985, terjemahan Bahasa Inggeris cerita rakyat dan kisah lain Andersen mula mendapat perhatian penggemar luar.

Pada 1847, Andersen ke England dan mula menjalin persahabatan bersama penulis novel terkenal Charles Dickens. Selepas itu, kisahnya mula menjadi klasik Bahasa Inggeris dan mempunyai pengaruh kuat kepada penulis kanak-kanak Britain termasuk A.A Milne dan Beatrix Potter.

Lama kelamaan, masyarakat di Scandinavia mula menyedari tentang kisah hasil karya Andersen. Begitu juga di Amerika Syarikat, Asia dan terus berkembang hingga ke serata dunia.Sebuah taman hiburan bernilai AS$13 juta (RM41 juta) yang mengetengahkan hasil kerjanya dibuka di Shanghai, China pada 2002.

Malah cerita popular Andersen berjudul The Little Mermaid turut diangkat dan dipentaskan kepada versi animasi.

Kehidupan peribadi Walaupun Andersen berkali-kali jatuh cinta, namun beliau tidak pernah berkahwin. Malah, beliau juga tertarik kepada lelaki dan wanita termasuk penyanyi terkenal Jenny Lind dan penari Harald Scharff.

Kehidupan peribadinya itu mendorong beliau untuk meluahkan segalanya dalam hasil karyanya.

Sekitar tahun 1872, Andersen menga-lami kecederaan serius selepas terjatuh dari katil di rumahnya di Copenhagen, iaitu tahun yang sama bagi penerbitan terakhir untuk koleksi ceritanya.

Pada ketika itu juga, beliau mula menunjukkan tanda-tanda menghidap barah hati. Selepas lebih tiga tahun menderita, Andersen meninggal dunia pada 4 Ogos 1875 pada usia 70
tahun.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...