17 April 2012

DI SEBALIK DEMO PTPTN

Pertamanya, TUP ucapkan tahniah kerana mereka ada keberanian dan semangat yang jitu dan itulah sikap sepatutnya bagi anak muda, tetapi bacul.

Golongan Mahaewel terlalu muda dan perlu menimba banyak pengalaman. TUP rasa tidak salah untuk mereka untuk berdemo dan memohon sesuatu untuk kebaikan mereka. Mungkin TUP rasa berbeza tapi bukan bererti membencisesetangan pihak. Pandangan TUP  ini mungkin boleh memberikan sedikit manfaat untuk perjuangan mereka yang seterusnya dan berlandaskan pejuang yang sebenar.

Tidak salah jika mereka memperjuangkan hak untuk mendapatkan pendidikan percuma. Namu pandanagan TUP sendiri agak kecewa dan disebalik demo tersebut melaungkan sifat kebencian kepada sesetengah pihak, namun disiplin haruslah dipatuhi.

Demo tesebut bukanlah semata-mata untuk memohon menghapuskan PTPTN, tetapi juga terhadap penyalah gunaan kuasa, sifat rakus sesetengah pihak dan baynyak lagi yang pembaca sememangnya mengetahui. Dan alangkah baiknya mahaewel ni berbincang ataupun bersemuka dengan pihak berwajib bagi menyelesaikan masalah ini. Demontrasi hanya pilihan terakhir. Demontrasi penasuhan PTPTN itu juga berbau slogan-slogan parti tertentu.

Mahasiswa sepatutnya bebas daripada pengaruh 'pihak'lain. ertikata mereka tidak didalangai oleh sesiapa untuk menentukan kehendak sebenar mereka bagi menunjukkan bahawa mahasiswa itu bebas dalam menentukan halatuju mereka tanpa ditentukan oleh pihak lain, samada pembangkang ataupun kerajaan.

Bagi TUP, alangkah baiknya jika mereka mengawal bahasa dalam slogan-slogan yang dilaungkan. Orang muda bersemangat tapi juga beradab dan berhemat. Slogan-slogan yang buruk Allah tidak suka dan hanya mengikis simpati mereka yang belum menentukan pendirian dan baiknya juga jika mereka tidak bertakbir ALLAH AKBAR mengiring ucapan yang tidak elok. Kalimat Allah itu boleh mengiringi semangat yang membakar dan pendirian yang tegas, tapi amat tidak wajar untuk mengiringi ucapan yang berunsur makian dan cercaan.

Isu samada memansuhkan langsung PTPTN, ataupun menghapuskan bunga (riba/pengurusan) ataupun menyusun semula agar tidak menjadi beban boleh dibahaskan secara ilmiah. Boleh dilihat di sudut positif dan negatif.

Isu sebenar ialah segala isu yang lain ialah wang dan harta negara ini banyak dibelanja secara salah dan tidak telus. Kebocoran di sana sini. Belanja yang melampau pada urusan yang tidak wajar, sedangkan para pelajar yang miskin ataupun kurang kemampuan dipaksa tanggung beban.

Jika negara belanja dan diurus secara telus, mungkin memansuhkan PTPTN tidak dilihat begitu perlu, sebaliknya ditimbang semula beberapa aspek dalam PTPTN itu.

Mahasewel hendaklah terus memikul idealisme perjuangan tetapi hendaklah berakhlak dan mempunyai pendirian yang ilmiah dan mantap
.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...