Keadaan itu berlaku bagi kedua-dua parti memerintah dan pembangkang.
Bagi parti-parti politik, proses penamaan calon memberi peluang kepada mereka untuk mengetahui sikap sebenar para anggota parti yang meletakkan kepentingan diri mengatasi kepentingan parti dalam perjuangan membela nasib dan masa depan rakyat.
Rakan sekutu dalam pakatan pembangkang dilihat tidak mencapai kata sepakat apabila PAS dan PKR meletakkan calon masing-masing dan ia dapat disaksikan bagi kerusi Parlimen Labuan apabila PAS meletakkan Hadnan Mohamad dan PKR mencalonkan Tan Sri Ibrahim Menudin menentang calon BN, Rozman Isli.
Senario sama juga berlaku di kerusi Parlimen Sungai Acheh, Pulau Pinang yang menyaksikan Badrul Hisham Shaharin (PKR) dan Mohd Yusni Mat Piah (PAS) menentang Datuk Mahmud Zakaria (BN) dan keadaan yang sama juga berlaku di kerusi DUN Panti, Johor apabila calon PAS, Azlisham Azahar dan Mohd Annuar Mohd Salleh dari PKR diturunkan bagi menentang calon BN, Datuk Baderi
Dasuki.
Keadaan itu juga berlaku di Terengganu yang menyaksikan PAS meletakkan calonnya Zakaria Dagang dan Ahmad Nazri Mohd Yusof dari PKR bertanding menentang calon BN Datuk Ahmad Razif Abd Rahman di kerusi DUN Seberang Takir manakala bagi DUN Kota Putera, PAS meletakkan calonnya Adam Mat Said dan PKR pula diwakili Mohamed Abdul Ghani Ibrahim menentang Mohd Mahdi Musa (BN).
Di kerusi DUN Bukit Besi, PAS meletakkan calonnya Roslan Ismail manakala Mohd Shamsul Mat Amin dari PKR bertanding menentang calon BN Roslee Daud di kerusi DUN Bukit Besi.
Penolong Setiausaha Agung PAS Ahmad Sabki Yusof dipetik dalam satu laman sesawang sebagai berkata, Jawatankuasa Harian Pusat parti itu akan mengadakan mesyuarat khas Isnin ini untuk membuat keputusan berhubung pertindihan calonnya dengan PKR.
BN juga tidak terlepas menerima kejutan berikutan tindakan Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim bertanding atas tiket Bebas di Parlimen Kuala Kangsar (Perak) menentang Datuk Wan Khai-ril Anuar Wan Ahmad (BN) dan Khalil Idham Lim Abdullah (PAS).
Ini menunjukkan akibat sikap mementingkan diri, Kamalia mengetepikan kepentingan parti dengan menolak tawaran bertanding kerusi DUN Bukit Chandan dan bertanding sebagai calon Bebas.
Kamilia secara automatik dipecat daripada Umno kerana tindakannya jelas bertentangan dengan Perlembagaan dan peraturan Umno serta tidak selari dengan semangat perjuangan parti.
Sikap yang sama juga menyebabkan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Mohd Shariff Omar bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor dan kerusi DUN Sungai Dua, Pulau Pinang.
Keadaan yang sama juga berlaku di Kelantan apabila calon BN bagi kerusi Parlimen Pasir Mas, Che Johan Che Pa, tidak menyerahkan kertas pencalonannya.
Parti Gerakan juga memecat anggotanya kerana bertanding sebagai calon Bebas atau atas tiket parti lain.
Lima anggota Gerakan yang bertanding ialah Datuk Dr G. Krishnan bagi kerusi DUN Kuala Ketil di bawah Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA); A Mohan pula bertanding di kerusi Parlimen Batu Kawan dan DUN Bukit Tengah sebagai calon Bebas manakala Chin Kok Keong pula bertanding di DUN Teratai, Selangor, Ooi Beng Kooi (DUN Sidam-Kedah) dan Ooi Suan Hoe di DUN Machang Bubuk, Pulau Pinang.
Ketika mengulas perkembangan itu, Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tindakan memecat pemimpin dan anggota parti komponen BN yang mengambil tindakan sedemikian adalah bagi menjaga disiplin agar mereka memberi keutamaan kepada parti daripada kepentingan peribadi.
"Salah satu ketetapan, sesiapa (pemimpin dan anggota BN) yang bertanding atas tiket Bebas, tidak boleh kekal sebagai ahli parti," katanya.
Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) mencatat sejarah dengan 79 calon bertanding atas tiket Bebas bagi kerusi Parlimen dan 191 calon bagi kerusi DUN.
- Bernama

No comments:
Post a Comment