20 December 2011

Banjir Di Johor Meningkat, 2,676 Mangsa Dipindahkan.

Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) Johor, sebanyak 28 pusat pemindahan banjir dibuka.
mangsa banjir yang dipindahkan di Johor setakat 10 pagi tadi meningkat kepada 2,676 orang 
sehingga jam 2.59 petang tadi melibatkan 36 Pusat Pemindahan.

KLUANG: Pusat pemindahan  ialah Balai Raya Kampung Kolam Air; Balai Raya Kampung Berasau; Kampung Orang Asli Sungai Peroh; Balai Raya Kampung Punchor; Balai Raya Taman Puteri; Balai Aktiviti Kampung Contoh; Balai Raya Kampung Batu 4, Paloh; Balai Raya Kampung Muhibbah; Balai Aktiviti Kampung Melayu Mardi; SK Sri Kencana, Simpang Renggam; Balai Raya Kampung Mengkibol; dan SJK (C) Ping Min. Empat lagi pusat pemindahan baru dibuka  iaitu Sekolah Kebangsaan (SK)Sungai Linau, Dewan Parit Haji Hassan, Balairaya Kampung Bentong, Sekolah Agama Kampung Tengah 1 menjadikan 16 pusat pemindahan yang dibuka di daerah itu sehingga hari ini.


BATU PAHAT: Dua lagi pusat pemindahan yang baru dibuka  iaitu Taman Sri Kota dan SK Kota Dalam, kedua-duanya di Yong Peng berbanding satu sahaja semalam iaitu di Balairaya Kampung Parit Haji Kamisan dengan keseluruhan mangsa setakat 1.51 petang seramai 65 orang.

PONTIAN: Dua pusat pemindahan juga dibuka  iatu SK Melayu Raya dan Surau Kampung Tampok Laut dengan mangsa seramai 74 orang.

SEGAMAT: Pusat pemindahan kekal tiga iaitu di Balai Islam Kampung Paya Dalam, Balai Raya Spangloi; dan Balai Raya Kg Usaha Jaya tetapi jumlah mangsa meningkat kepada 86 mangsa berbanding 81 mangsa semalam.

SKUDAI: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke SK Batu 10, meningkat kepada 361.

KOTA TINGGI: Jumlah mangsa di Balai Raya Kampung Sungai Berangan, meningkat kepada 17 orang.

KULAI JAYA: Dua lagi pusat pemindahan dibuka hari ini iaitu Dewan Raya Kampung Murni Jaya dan Dewan Raya Kampung Sungai Siam dengan 76 mangsa banjir. 

Maklumat Lanjut Bolehlah melayari laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...