04 August 2014

Pembangkang Sudah Rapuh!!

Pembangkah sudah rapuh..retak menanti belah..buktinya..

Pendedahan Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor mengenai sejarah pentadbiran parti pembangkang pada penggal lalu membuktikan betapa pakatan itu tidaklah sebersih mana seperti yang selalu dicanang pemimpinnya.

Rakyat pun dah dapat menilai sendiri bagaimana pakatan pembangkang bergelut untuk mengekalkan kerjasama mereka yang kian rosak..PAS telah dikudakan oleh DAP.

Sanusi melalui laman Facebooknya mendedahkan bagaimana Pas terpaksa menanggung segala kesan negatif akibat pelbagai kerenah yang ditimbulkan PKR di Kedah sewaktu pakatan itu berkuasa pada penggal lalu.

Pendedahan itu dibuat sebagai reaksi kepada Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang dilihat cuba mengajar Pas supaya bersikap 'gentleman' dalam isu perebutan kerusi Menteri Besar Selangor.

Kalau PAS masih lagi dipergunaka masih belum sedar tak tahu lah.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...