Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak hari ini mengumumkan bahawa kerajaan akan menyalurkan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara tahunan.
"BR1M 1.0 dan BR1M 2.0... telah memberi manfaat kepada penduduk berpendapatan rendah.
"Sehubungan dengan itu, tuan-tuan dan puan-puan, sukacita saya mengumumkan kerajaan akan menjadikan dan meneruskan BR1M sebagai inisiatif tahunan," katanya.
Najib berkata demikian ketika berucap membentangkan laporan tahunan Program Transformasi Ekonomi (ETP) 2012.
Najib menyeru seluruh rakyat Malaysia supaya memilih kerajaan yang transformatif dan janganlah memilih kerajaan yang memusnah serta meruntuhkan masa depan rakyat.
"Janganlah sesekali bereksperimen dengan masa depan kerana amat sukar untuk bangkit dan pulih dari kepunahan sekiranya ia melanda akibat pilihan yang salah," katanya.
Beliau berkata kerajaan hari ini adalah kerajaan yang bertanggungjawab dan menepati janji serta meletakkan maslahah serta kesejahteraan rakyat di atas segala-galanya.
"Sebab itulah sebelum berjanji kepada rakyat, kita telah mengkaji, pertamanya, adakah janji yang diberikan kepada rakyat itu akan mendatangkan faedah dan tidak memudaratkan, sama ada untuk jangka pendek, sederhana atau panjang.
"Keduanya, adakah janji yang dibuat tersebut mampu untuk kita tunaikan? Bukannya janji sekadar janji," katanya.
Najib berkata dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, rakyat teramailah yang menentukan parti mana yang dipercayai untuk membentuk sebuah kerajaan.
"Realitinya, bukan semua kerajaan sama berkemampuan. Ya, betul, jangkaan oleh rakyat kepada setiap kerajaan sama, namun, prestasi setiap kerajaan adalah berbeza.
HIDUP MELAYU, HIDUP, NAJIB, HIDUP UMNO, HIDUP BN
No comments:
Post a Comment