26 June 2012

Jambatan : Yang tinggal hanya Batu Asas

Masihkah kau ingat 16 tahun dulu? Menteri Besar Kelantan pernah meletakkan batu asas untuk membina jambatan Kampung Cina-Palekbang. Sampai hari ini, hanya tinggal Batu Asas sahaja.

Adakah mereka takut untuk bertanya dimanakah janji-janji  Menteri Besar mereka dahulu? Adakah  kata-kata seorang Tok Guru. Tidak langsung boleh dipersoalkan. Mereka mungkin menganggap Tok Guru mereka ini terlalu mulia. Jadi, kalau mereka dengar Tok Guru nak rasmikan pecah tanah pembinaan lebihraya, maka mereka berebut-rebut datang dan menderma kerana “ada janji syurga” di sana.

Dan Orang PAS tak kisah jika:

Kalau air paip kotor. Mereka anggap air yang bersih ada di syurga nanti. Maka, mereka telanlah air keruh yang dibekalkan kepada mereka. Untuk mempersoalkannya, mereka takut kena musibah kerana Tok Guru mereka orang hebat.

Kerajaan berjanji dan tidak tunai walaupun ia sudah 16 tahun berlalu.

Orang PAS tidak peduli Kelantan tidak maju kerana mereka anggap kalau nak maju, nanti di syurga mereka akan jumpa segala-galanya.

Mereka seronok duduk di Kota Bharu dalam keadaan kotor dan bagi mereka yang bersih hanya di syurga nanti. Maka, mereka terus menyokong PAS dan menyokong Tok Guru yang mereka sanjungi itu.

dan orang PAS yakin, masjid di syurga nanti bersih dan untuk apa mereka fikir untuk membina masjid di dunia ini.

Namun, kalau ada kesedaran di pihak pengundi muda, mungkin dalam PRU 13 akan datang, mereka tidak akan mengundi PAS. Mereka nampak bahawa BN boleh membawa pembangunan manakala PAS boleh dipilih di beberapa kerusi untuk menjadi pembangkang. 

Jangan Batu asas jad Batu Nisan pulak...

Dan kita tunggu leuhraya raya rakyat dapat dilaksanakan pulak..jangan janji tinggal janji.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...