10 June 2012

JANGAN JADIKAN POLIS MANGSA!

IPOH - “Jangan jadikan polis mangsa,” Demikian tegas Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan ketika mengulas insiden kekasaran yang dilakukan segelintir masyarakat terhadap anggota polis hari ini.

Katanya, insiden sedemikian dilihat semakin berleluasa hingga mengakibatkan kecederaan serius kepada para anggota polis berkenaan.

“Sejak kebelakangan ini, ramai daripada kalangan pihak polis yang menjadi mangsa.

“Berdasarkan statistik tahun lalu, sejumlah 10 kes seumpamanya telah dilaporkan manakala pada tahun ini pula sebanyak tiga kes. Kebiasaannya kes-kes ini melibatkan insiden merempuh sekatan jalan raya (road-block).

“Mereka (anggota polis) ini ada yang ditendang, dan dipukul ketika bertugas, khususnya ketika operasi sekatan jalan raya.

“Walaupun ianya tidak mengakibatkan kecederaan yang serius kepada para anggota polis berkenaan, tetapi ianya sebenarnya tidak wajar berlaku. Jangan jadikan polis mangsa,” katanya.

Sinar Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...