10 June 2012

PEMUDA PAS SOKONG BR1M KEDUA!


KUALA LUMPUR 9 Jun — Dewan Pemuda Pas Pusat (DPPP) menyokong cadangan kerajaan untuk meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bagi pusingan kedua.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata pemberian itu merupakan sesuatu yang wajar diberi kepada rakyat dan DPPP tidak pernah memandang ringan usaha yang dilakukan oleh kerajaan itu.

"Kami tidak pernah halang dan pertikai hak rakyat daripada menerima sumbangan itu, malah orang Pas pun terima, tiada masalah. Cara ini dapat membantu mereka yang memerlukan.
"Ia juga satu cara baik bagi menyalurkan peruntukan daripada kerajaan kepada rakyat, satu asas penting dalam sesebuah kerajaan," katanya kepada pemberita di Pejabat Agung Pas di Jalan Raja Laut di sini.

Nasrudin mengulas cadangan untuk meneruskan BR1M pusingan kedua yang telah dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, dua hari lepas.

Sementara itu, beliau menempelak Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali yang menyeru rakyat Kelantan supaya tidak menderma bagi pembinaan Lebuh Raya Rakyat Kota Baharu-Kuala Krai di Kelantan. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...