15 September 2013

PAS patut putuskan hubungan dengan PKR, bukan kaji


Pas patut putuskan kerjasama dan hubungan dengan PKR, bukan mengkaji.

PAS digesa mengkaji semula kerjasama politiknya dengan Parti Keadilan rakyat (PKR) bagi memastikan hala tuju parti itu tidak tersasar daripada landasan sebenar. Gesaan itu dibuat menerusi resolusi yang dicapai pada Perhimpunan Ulama Se-Malaysia anjuran Dewan Ulama PAS Pusat pada Sabtu.

Kenapa sekarang baru nak sedar ke puak pas telah diperkudakan oleh PKR?

"Multaqa (perhimpunan) Ulamak Se-Malaysia mencadangkan supaya Tahaaluf Siyaasi(kerjasama politik) bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PKR disemak semula oleh Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat.
"Perkara ini bagi tujuan menjaga maslahah (faedah) dan membendung serta menghalangmafsadah (kejahatan) Syar'iyyah," demikian menurut resolusi berkenaan.
Perhimpunan yang diadakan di Kompleks PAS Kedah itu dirasmikan oleh Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Harun Taib.
Dulu ketika Nasharuddin yang ketika itu juga masih menjadi ahli Majlis Syura Ulama turut menggesa agar PAS mengkaji semula kerjasama mereka dalam pakatan pembangkang.
Bagaimanapun pada Muktamar PAS ke-58 di Kota Baharu November tahun lalu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menegaskan Majlis Syura mengambil ketetapan bahawa PAS masih lagi parti yang sama sejak ia ditubuhkan.
Penegasan itu sekaligus mengukuhkan pendirian PAS untuk meneruskan kerjasama mereka dalam Pakatan Rakyat bersama PKR dan DAP
Pas yang terkenal dengan parti kluk klik, selalu buat pusingan U.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...