04 September 2013

Pelawaan Anwar meragukan !!


Apa dah jadi kalu puak sendiri pun tidak percaya dan ragu-ragu apabila pak nuar untuk mahu bertemu dengan kerajaan untuk membincangkan masalah negara...bermimpi ke?

Pemuda Pas melahirkan rasa curiga terhadap kesediaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertemu dengan kerajaan bagi menyelesaikan masalah negara seperti yang dilahirkan melalui perutusan sempena kemerdekaan baru-baru ini.

Naib Ketua Pemuda Pas, Dr Raja Ahmad Al Hiss berkata, sebelum ini, apabila terdapat pemimpin Pas yang menyuarakan hasrat sama telah dikritik dengan teruk.

“Mengapa beliau (Anwar) begitu beriya-iya mengajak kerajaan berbincang sedangkan sebelum ini begitu teruk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pimpinan Pas yang lain dihentam ketika cadangan mengajak kerajaan BN mengadakan perbincangan.

“Dalam hal ini, Pemuda Pas sekadar mengingatkan Anwar agar berhati-hati dalam permainan politik musuh.

“Apa yang dibimbangkan adalah beliau terperangkap dengan politik individu atau segolongan mereka yang berkepentingan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Jumaat lalu, Anwar telah mencadangkan pertemuan segera antara kerajaan dan pembangkang bagi membincangkan masalah negara yang perlu ditangani.

Kata Anwar, titik pertemuan antara  BN dan PR perlu segera bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara hari ini.

"Kami cadangan rundingan terbuka secara telus dan kondusif," katanya.

Mengulas perkara sama, Raja Ahmad berkata, Anwar sepatutunya merujuk sebarang keputusan dengan Majlis Presiden PR sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan untuk bertemu dengan kerajaan BN.

“Pemuda Pas menganggap baik cadangan beliau untuk mengadakan perbincangan mengenai isu-isu besar perlu melibatkan kerajaan dan pemimpin PR agar kemelut negara dapat ditangani dan diselesaikan secara bersama.

 “Kerajaan dan pembangkang sebaiknya duduk semeja dengan tidak mempolitikkan sesuatu isu supaya rakyat dan negara mendapat manfaatnya.

 “Tanggungjawab membina negara adalah amanah yang perlu dipikul bersama dan setiap pemimpin perlu merasa prihatin terhadap pergolakan negara dengan memberikan respons atau sebarang kerjasama,” katanya lagi.


Insaflah pak nuar, jangan dok kelentong-kelentong lagi...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...