14 March 2012

BANJIR: ORANG BAGI BANTUAN KEPERLUAN "DIA" BAGI KERTAS

Setiap berlakunya bencana alam, tak kira la banjir,tanah runtuk ribut taufan atau apa-apa jenis bencana alam sekalipun jika YB turun padang amat dinantikan oleh rakyat jelata atau lebih senang disebut pengundi. Masa itulah YB dapat menunjukan keperihatinan kepada rakyat. Itulah yang rakyat mahukan selain bantuan berupa makanan,minuman, air dan pelbagai lagi. Puji juga sikap keperihatinan YB PKR yang turun padang Banjir  yang berlaku di Jalan Matang, Kampung Jelapang,Simpang Halt  dan sekitar Parlimen Bukit Gantang Perak beberapa hari lepas. 

Namun apa yang diharapkan hanya 'Bantuan kertas' yang dihulurkan. Ingatkan bagi kertas nak tulis senarai keperluan yang dikehendaki. Tapi rupanya risalah mengenai kenaikan harga barang dan sebagainya, bukan masanya wahai YB.

Rakyat bukan nak kertas, bagi la macam Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi  lah bantuan seumpama penempatan sementara,makan,minuman air bersih atau hulurkan tenaga kerja untuk berbagai tugas yang boleh dibuat. Tak pun macam unit Amal PAS yang berkampung dilokasi kejadian untuk memberi bantuan.

korang baca la dari rakan Bloggers:

 Cis..!! bodoh punya kerja..!!!

Seorang mangsa banjir  menemui penulis  berkata pihak PKR Kuala Sepetang macam tidak peka langsung serta tidak prihatin dengan keperitan mangsa banjir. ”Kami mahu bantuan segera dalam masaalah banjir…bukan masanya nak  berfikir masaalah isu kenaikan harga barang, mereka (PKR) teramat salah tempat untuk itu”- kata seorang penduduk.

Penulis Orang ni  pun hairan dan pelik dengan apa yang berlaku. Tidak terfikirkah PKR Kuala Sepetang dengan situasi  banjir..?? YB  Tai Sing Ng  janganlah seperti menangguk didalam air banjir (gambar kiri),  Semasa  banjir  berlaku mangsa-mangsa mahukan usaha seperti menyelamat kan mangsa terperangkap,penempatan mangsa banjir,lokasi atau bilik gerakan banjir untuk petugas,kain selimut,tikar,makanan,minum dan sebagainya….bukan mangsa banjir nak baca risalah berunsur politik masa tu…tiada masa pada mangsa banjir nak serabutkan fikiran dengan nak baca risalah dan tiada masa nak main politik sedemikina masa  bencana.  Kalau PKR Kuala Sepetang  nak cari publisiti politik pun  dalam waktu bencana banjir….janganlah tujuk-kan kebodohan diri.

Dimaklumkan juga  bahawa  anggota dari Unit Amal PAS Bukit Gantang pun terkilan dan terkejut dengan kejadian tersebut. Apa tidaknya… semasa anggota Unit Amal sibuk agihkan makanan  kepada mangsa…anggota PKR Kuala Sepetang pun sibuk juga dengan edarkan risalah. Kalau tolong sama dalam misi bantuan tu tak apa la.. Sehinggakan  anggota Unit Amal ada yang disindir oleh mangsa banjir dengan berseloroh berkata  “ datang ni  nak bagi risalah ke…? kami tak makan kertas  dan risalah tu nak buat selimut pun tak boleh”  

PKR Kuala Sepetang teramat -amat-amat -amat-amat-amat -amat-amat perlu baiki gerakerja dalam apa saja tindakan. YB ADUN Kuala Sepetang ( PKR ) wajar ubah pendekatan…sebelum rakyat ubah pendirian....PRU pun dah dekat, jangan sibuk melobi kerusi PKR di Perak..tapi sibuklah dengan tugas yang diamanahkan didalam kesuntukan masa ini .

Nota Kaki: kertas oh kertas buat jet boleh lari dari banjir, boleh bawak YB sekali ek

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...