Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima tunggakan gaji 3 hingga 4 bulan dijangka seawal bulan ini berikutan pembatalan SBPA yang diumumkan PM semalam.
Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata bayaran tunggakan itu berasaskan gaji terkini yang dikira mulai Januari lalu. Pembaran tunggakan itu akan ditentukan bahagian sumber manusia agensi masing sama ada dibayar secara berperingkat atau sekaligus. kenyataan itu ketika ditemui media selepas Perhimpunan Khas penjawat awam bersama Perdana Menteri di PICC.
Datuk Omar Osman juga berkata pembatan SBPA akan mengurangkan jurang antara kumpulan pengurusan dengan kumpulan utama. Diharap selepas ini kakitangan awam akan lebih fokus kepada tugas masing-masing..dan yang penting sama-sama sokong kerajaan, jangan percaya dengan dakyah pembangkang, hanya janji manis...sampai sekarang pun ada yang tidak tertunai lagi...janji tinggal janji. Para peniaga pulak jangan la ambik kesempatan pulak ek...tapi yang pasti barangan dikedai telah pun naik sejak pengumuman kenaikan gaji kakitangan awam...aduhai...susah...pening kepalo macam ni...senang, tapi susah...
No comments:
Post a Comment