06 March 2012

Biar Pas Pusat urus Kedah - Nik Aziz

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan adalah tidak wajar untuk beliau campur tangan soal pentadbiran kerajaan Kedah yang dilaporkan bergolak.

"Urusan Kedah untuk orang Kedah. Saya tidak mahu komen,” katanya.
Meskipun didesak pemberita mengenai kemelut pentadbiran Kedah, Nik Aziz tetap dengan pendirian untuk tidak akan campur tangan sebaliknya menyerahkan kepada Pas Pusat untuk menangani soal tersebut.
Isu dalaman kerajaan Kedah memaksa Pas Pusat menubuhkan sebuah jawatankuasa pemandu yang akan bertanggungjawab memantau Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak mentadbir negeri itu.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...