29 March 2012

'PEMANDU MULA BERTUGAS'

Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan oleh PAS bagi memantau pelaksanaan manifesto di negeri Pakatan Rakyat telahpun memulakan tugasnya.

Menurut sumber, jawatankuasa tersebut memulakan tugasnya sejak seminggu lalu. Penubuhannya diumumkan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali pada 12 Mac lalu.

jawatankuasa tersebut turut dianggotai empat lagi pemimpin PAS dari berlainan latarbelakang dan pengalaman. Mereka ialah Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaafar, pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed, peguam PAS Asmuni Awi dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

Jawatankuasa itu ditubuhkan kerana timbulnya 'kucar-kacir' kepimpinan dalam kerajaan negeri Kedah susulan dua exco kanan daripada PAS, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan mengangkat sumpah untuk menyambung semula tugas sebagai exco.

Tindakan 'kedua' pemimpin itu mengundang pelbagai reaksi termasuk kepimpinan Pemuda negeri yang mengusulkan kedua-dua pemimpin didesak supaya melepaskan jawatan timbalan pesuruhjaya PAS negeri. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...