09 March 2012

SBPA Dibatalkan, SSM Ditambaih Baik

     Semua kakitangan awam sudah mengetahui yang SBPA batal dan digantikan semula dengan SSM yang ditambahbaik struktur dan pelaksanaannya. SBPA dibatalkan selepas beberapa pertikaian dan bantahan disebabkan ketidak puashati penjawat awam mengenai skim SBPA.
    Datuk Seri Najib Razak mengumum berita SBPA dibatalkan dalam ucapannya semasa Perhimpunan Khas Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).


Secara ringkasnya:

  1. Pelarasan gaji mengikut SSM melibatkan gred 1-54 adalah sebanyak 13 %
  2. Pecahan bagi pelarasan gaji pula : gred 1-54 iaitu melibatkan pelaksana & P&P (kenaikan 13%), gred khas Utama A/B/C (Kenaikan 9%), Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%), Turus 1 & juga Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%)
  3. SSM diubah daripada struktur gaji matrik ke struktur minimum maksimum gred 1-54= RM80 – RM320. Kenaikan gaji tahunan (KGT) adalah mengikut gred masing-masing sama seperti yang terkandung dalam SBPA dahulu.
  4. Jusa naik ikut tangga gaji setelah dibuat pelarasan kenaikan. Mereka tidak ada sistem minimum – maksimum seperti gred 1-54
  5. Bantuan sara hidup kawasan B naik dari RM200 ke RM250 sebulan. Manakala Kawasan C =RM100 ke RM150 sebulan
  6. COLA kawasan B dan C naik RM50 (150/250)
  7. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.
  8. Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan kerjaya berasaskan time based 8 tahun seperti yang diumumkan daalm pembentangan Bajet 2012

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...