Dan akhirnya tindakan mengenakan cukai perkhidmatan 6% terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu, bagi meredakan keadaan masa itu. Tetapi sekarang berita mengenai untuk melaksanakan semula cukai perkhidmatan prabayar sebanyak 6% dan dijangka akan dilaksanakan sekitar 1 Julai 2012. Keadaan merisaukan pengguna yang majoritinya menggunakan perkhidmatan prabayar.
KUALA LUMPUR, (Bernama) – Kerajaan akhirnya dikatakan membenarkan syarikat telekomunikasi (telco) melepaskan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pelanggan prabayar, kata HLIB Research.
“Difahamkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) mengeluarkan memo kepada semua penggiat industri yang mengarahkan telco bersedia dari segi teknikal untuk melancarkannya pada 1 Julai,” kata firma penyelidikan itu.
“Selain insentif cukai jalur lebar yang dilaksanakan tahun lepas, ini akan meningkatkan lagi pendapatan telco dalam jangka panjang,” katanya yang mengekalkan penarafan neutral pada sektor telekomunikasi.
Bahagian penyelidikan Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata ia menjangkakan DiGi akan memperoleh manfaat terbesar jika cakap-cakap ini menjadi kenyataan dengan mengambil kira kedudukan tertinggi (86.6 peratus) pengguna prabayar daripada keseluruhan pelanggan, berbanding Maxis (74 peratus) dan Celcom (77.2
peratus).
peratus).
Berdasarkan anggaran itu, DiGi, Maxis dan Celcom akan memperoleh kenaikan pendapatan, masing-masing sebanyak enam peratus, empat peratus dan dua peratus, dengan syarat status qou saingan dan penggunaan, kekal. BERNAMA
Dan SKMM pula menyatakan tidak pernah mengeluarkan arahan untuk kenaikan cukai perkhidmatan itu:
Tiada arahan kenakan cukai perkhidmatan talian prabayar: SKMM
2012/03/16
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini menjelaskan yang ia tidak pernah mengeluarkan sebarang memo kepada pembekal perkhidmatan selular mengarahkan mereka melaksanakan cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus ke atas pelanggan prabayar. Pengawal selia telekomunikasi itu membuat penjelasan berkenaan berikutan laporan media mengenai nota Hong Leong Investment Bank Research (HLIB Research) berhubung prospek industri telekomunikasi tempatan.
SKMM juga menyifatkan spekulasi itu sebagai mengelirukan.
HLIB Research memetik sumber industri sebagai berkata, syarikat telekomunikasi mungkin dibenarkan menyalurkan cukai perkhidmatan enam peratus kepada pelanggan prabayar hujung tahun ini.
Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, yang menyifatkan laporan itu adalah spekulasi semata-mata, berkata tiada arahan dibuat mengenai isu ini."
"Perbincangan sedang dijalankan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik supaya pengguna akan terus menerima perkhidmatan komunikasi pada harga berpatutan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohamed Sharil berkata, sebarang tindakan mengenainya akan mengambil kira kepentingan rakyat dan SKMM akan memastikan supaya rakyat tidak dibebankan.
HLIB Research juga membuat spekulasi berkaitan pengenaan cukai perkhidmatan enam peratus serta insentif cukai jalur lebar yang dilaksanakan tahun lalu akan meningkatkan lagi pendapatan syarikat telekomunikasi dalam tempoh jangka panjang. - BERNAMA

No comments:
Post a Comment