Wanita dikaitkan dalam kes khalwat dengan Ahli Majlis Pimpinan PKR, Dr Badrolamin Bahron menarik balik permohonan cerainya di Mahkamah Rendah Syariah Rompin, di sini, semalam.
Wanita berusia 28 tahun itu, hadir kira-kira jam 9 pagi berseorangan ke mahkamah itu untuk membuat tuntutan notis penarikan balik kes tersebut di hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus.
Bagaimanapun, alasan penarikan tuntutan penceraian tersebut tidak dinyatakan.
Malah, suami wanita terbabit guru berusia 32 tahun juga tidak hadir pada prosiding itu.
Sementara itu, wanita terbabit ketika ditemui di luar mahkamah berkata, dia akan mengemukakan Fasakh di Mahkamah Tinggi Kuantan.
“Saya menarik balik tuntutan kerana mahkamah rendah syariah tidak mempunyai kuasa untuk mengendalikan kes fasakh,” katanya.
Wanita itu sebelum ini, memfailkan penceraian pada pertengahan Januari lalu dan prosiding pertama dijalankan pada 27 Februari lalu.
Badrolamin sebelum ini, memaklumkan beliau mengenali wanita yang bekerja di sebuah institusi kemahiran di Rompin itu, sejak kira-kira setahun lalu.
Bagaimanapun, sehingga kini Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) tidak membuat sebarang dakwaan terhadap Badrolamin dan wanita tersebut.

-Sinar Harian-
No comments:
Post a Comment