11 September 2011

Gerakan tawar biasiswa untuk Mat Sabu belajar sejarah

Parti Gerakan bersedia menawarkan biasiswa kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu untuk mempelajari semula sejarah negara di universiti tempatan kerana beliau dilihat masih kurang arif mengenai sejarah negara. Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata pemimpin parti pembangkang itu boleh dikatakan buta sejarah selepas melabelkan anggota Parti Komunis Malaya Mat Indera sebagai wira sebenar dalam kejadian serangan Balai Polis Bukit Kepong.
"Adalah jelas beliau ini buta sejarah, kalau begini, Gerakan bersedia untuk menawarkan biasiswa kepada beliau supaya belajar semula sejarah di universiti tempatan. "Selain itu, beliau boleh juga belajar sejarah sebenar negara dari pakar-pakar sejarah yang lain seperti Profesor Dr Khoo Khay Kim,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Gerakan di Menara PGRM hari ini, yang dihadiri kira-kira 2,000 orang. Tsu Koon berkata, Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, perlu peka dengan perjalanan sejarah negara, dan tidak sewenang-wenangnya melabelkan sesuatu mengikut pemahaman sendiri. — Bernama 

Sumber: Utusan Malaysia Online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...