08 September 2011

Tiada Pencemaran Radioaktif Dikesan di Malaysia – Maximus

Tiada pencemaran radioaktif dikesan di Malaysia setakat ini selepas insiden nuklear 11 Mac di Stesen Kuasa Nuklear Daiichi Fukushima, Jepun, demikian disahkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi.

Bagaimanapun, Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (AELB) akan meneruskan dengan sampel bulanannya, terutama untuk air laut seluruh Malaysia di Kota Bharu, Kuala Terengganu, Kuantan, Mersing, Kuching, Labuan dan Kudat.

Menterinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, AELB sebagai sebahagian daripada prosedur standard, terus memantau paras radiologi persekitaran seluruh negara menerusi Sistem Pemantauan Radiologi Alam Sekitar.

Sistem itu terletak di tujuh tapak (Chuping, Ipoh, Senai, Melaka, Kuantan, Sri Aman dan Kudat).

"Pembacaan di tapak-tapak ini terus menunjukkan paras yang normal dan selamat untuk semua,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Paras syarat Malaysia yang disifatkan selamat untuk orang ramai ialah 0.5 mikro-Sievert setiap jam.



Sumber: http://teganuku.blogspot.com

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...