08 September 2011

Isu Lynas: 15% penjawat awam Pahang terpengaruh


KUANTAN 8 Sept. - Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail mendedahkan kira-kira 15 peratus penjawat awam di negeri itu dipercayai terpengaruh dengan dakyah pihak tertentu berhubung isu Lynas.
Malah kata beliau, ada pada kalangan mereka yang menampal pelekat ”Stop Lynas” pada kenderaan masing-masing.
"Saya ada nampak petugas berkenaan yang menampal pelekat ”Stop Lynas” pada kenderaan masing-masing seperti yang terdapat di pekarangan Wisma Sri Pahang,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Muhammad Safian berkata, beliau percaya mereka terpengaruh dengan dakyah berkenaan kerana maklumat sebenar mengenai pembinaan kilang pemprosesan nadir bumi oleh Lynas Corporation Ltd di Gebeng itu tidak sampai kepada mereka.
Sehubungan itu kata beliau, pihaknya telah membuat penerangan mengenai isu tersebut kepada ketua jabatan untuk disampaikan kepada petugas di bawah seliaan mereka. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...